BATU NISAN SULTAN MANSUR SYAH

 


Kalau anda berkunjung ke Muzium Kesultanan Melayu Melaka yang rupa bangunan replika Istana Melaka tu, anda akan dapat lihat salah bahan pameran Batu Nisan Sultan Mansur Syah. Namun itu adalah replika. Kalau anda nak tengok yang original, ia sebenarnya ada dipamerkan di Muzium Sejarah dan Ethnografi Melaka yang terletak di Bangunan Stadthuys. 

Ikut ceritanya, batu nisan ini dijumpai sepasang di bawah sisa runtuhan binaan tembok portugis. Muzium Negara menyimpan satu, manakala Perzim menyimpan satu. Cuba bandingkan rupa kedua - dua rupa batu nisan ini. Gambar batu nisan yang disimpan oleh Muzium Negara (ini hasil google beberapa kertas kajian di Internet)


Nampak macam batu nisan dalam simpanan Muzium Negara ini telah rosak dan patah dibahagian atasnya. Bandingkan pula dengan batu nisan dalam simpanan Perzim di mana keadaannya telah berlubang. 

Persoalan yang timbul adalah adakah ini disebabkan oleh vandalisme yang dilakukan oleh penjajah atau mereka - mereka yang mungkin? Sebab memang tak mungkin batu nisan milik Perzim ini memang direka berlubang ketika itu. Pertama, lubang itu telah menjejaskan tulisan atas nisan dan keduanya, bukan menjadi fesyen rekaan pun nisan - nisan sultan berlubang.

Apapun, ini adalah satu - satu nya bukti nisan Kesultanan Melayu Melaka yang ada dibumi Melaka. Di samping itu, terdapat dua lagi makam yang masih cantik dan elok milik Sultan - sultan Melaka iaitu di Pagoh dan di Kampar, Indonesia. Yang lain, nampaknya macam masih belum dijumpai.



Comments

Popular Posts