KESAN TINGGALAN JALAN KERETAPI LAMA MELAKA


Bersambung dari entry sebelumnya, kesan jejak jalan keretapi lama memang masih boleh dilihat di sepanjang laluan jajaran jalan keretapi. Untuk kali ini, laluan dari Melaka Pindah hingga ke Batu Berendam melalui kawasan Kampung Belimbing.

Ini adalah antara jambatan keretapi lama yang masih utuh. Setiap binaan jambatan mempunyai nombor seperti gambar pertama. Jambatan ini terletak di Kampung Belimbing ini bernombor 37. Berdekatan kawasan ini sahaja, terdapat jambatan lain antara yg dijumpai bernombor 39, 42 dan 44.

Meskipun keretapi telah lama tidak melalui jalan ini, jambatan ini terus berkhidmat namun fungsinya telah ditukar menjadi jalan perhubungan desa bagi memudahkan penduduk kampung bergerak. 

Kesan jambatan bernombor 39 ini pula betul terletak di sebelah rumah orang kampung. Masih utuh meskipun ada sedikit runtuhan kelihatan di bahagian jambatan ini. 

Berdekatan Stesen Rumah Pam Samb pula, jambatan yang merentasi sungai ini mempunyai rekabentuk yang lain pula dimana ianya menggunakan tetulang besi seperti dalam gambar. 

Boleh la datang sendiri tengok kesan - kesan jalan keretapi ini sendiri nanti. Ada juga bahagian jajaran lain yang boleh dilalui iaitu dari Gadek ke Tanjung Rimau Dalam. 

Kena try sendiri lalui baru tau.

Comments

Popular Posts