KOLAH MASJID LAKSAMANA HANG TUAH


Hampir kebanyakkan masjid - masjid lama di Melaka mempunyai sebuah kolah untuk kegunaan jemaah masjid mengambil wuduk. Begitu juga dengan Masjid Laksamana Hang Tuah di Kampung Duyong. Kali ini kita berpeluang merakamkan rupa sebenar kolah masjid ini apabila kolah di keringkan bagi tujuan pembersihan yang biasa dilakukan setahun sekali sahaja. 


Perhatikan warna batu yang menjadi dinding kolah ini. Terdapat 3 corak yang berlainan yang mana bawah sekali tu batu laterit merah, batu yang sama macam di Porta Santiago. 

Lapisan kedua dinding yang kehitaman manakala yang atas sikit dinding yang kehijauan. Jenis batu lapisan kedua dan ketiga ini turut berbeza. Jangkaannya adalah kolah ini telah mengalami beberapa fasa ubahsuai agaknya. 

Terdapat juga 3 air mata air yang mengalir laju masuk ke dalam kolah ini. Ini yang nampak. Mungkin juga ada lagi mata air lain yang tidak kelihatan di bawah dasar kolah. 

Di tengah kolah ini juga terdapat satu tunggul kayu yang dulunya adalah tiang untuk menggantungkan pelita ketika mengambil wuduk di waktu malam. Tiang ini dibuat dari kayu berlian dan telah ditanam selama lebih kurang 100 tahun lebih. 

Tiang ini juga dulunya tinggi namun tinggal tunggul yang tenggelam di dalam air. Ceritanya, atas pelbagai alasan tertentu, banyak pihak yang mengambil serpihan kayu ini. 

Masjid ini yang dulu asalnya surau telah dibina pada 1850, kira 170 tahun. Kemungkinan kolah masjid ini juga berusia lebih kurang seratus tahun lebih dan kayu ini juga telah tanam di dasar kolah pun lebih kurang waktunya.

Peluang melihat sendiri dasar dan apa yang ada di dalam kolah masjid bersejarah ini tidak wajar dilepaskan. Namun, ianya lebih kepada rezeki apabila seorang sahabat menelefon dan memberitahu kolah itu sedang di keringkan pada Ahad lepas. 

Sapa - sapa nak berkunjung,  bolehlah ke Masjid Laksamana Hang Tuah. 

Comments

Popular Posts