STESEN KERETAPI ALOR GAJAH


Mungkin ada antara kita yang tak pernah tau pun perkhidmatan keretapi pernah sampai di ke Bandar Melaka dari Pulau Sebang. Namun jajaran jalan keretapi ini telah dibuka oleh Jepun semasa mereka memerintah Tanah Melayu di waktu perang dunia kedua. Antaranya kesan yang masih tinggal adalah tapak Stesen Keretapi Alor Gajah. 


Perhatikan batu platform yang masih ada di tapak ini. Platform ini berukuran lebih kurang 50 meter panjangnya. Jajaran jalan keretapi ini kebanyakannya telah dijadikan jalan perhubungan desa dan ada juga sesetengah kawasan telah menjadi semak samun. 


Papan tanda stesen ini telahpun lusuh namun masih boleh dengan jelas tulisan "ALOR GAJAH" tersebut. Boleh tahan juga semak samun yang tumbuh keliling papan tanda ni. 


Inilah antara sejarah yang terpendam di Melaka. 

Kalau sesiapa nak datang melihat sendiri tapak stesen keretapi ini, boleh ke Jalan Keretapi Lama Pengkalan. Sampai saja di Pengkalan, Alor Gajah, nampak je kuil disebelah kanan, perhatikan lorong ini disebelah kiri. Mesti jumpa punya. 

Ada beberapa lagi kesan tinggalan jalan keretapi lama sepanjang laluan Pulau Sebang - Melaka yang akan dipaparkan dalam entry lain lepas ini. 

Comments

Popular Posts