STESEN KERETAPI LAMA BATANG MELAKA


Ini keadaan laluan masuk ke Stesen Keretapi lama Batang Melaka sejak ianya ditinggalkan selepas KTM membangunkan stesen baru yang lebih sesuai dengan perubahan laluan berkembar dari Kuala Lumpur ke Gemas.


Papan tandanya masih terpacak meskipun sedikit pudar. 


Laluan tangga naik ke stesen telah dilitupi semak samun. Ini jelas boleh dilihat dari barisan rumah kedai yang berada bertentangan dengan laluan tangga ini. 


Kelihatan jelas bangunan stesen yang masih kukuh berdiri. 

Apa yang menarik mengenai stesen ini adalah kedudukannya yang berada di tengah - tengah sempadan antara Melaka dan Negeri Sembilan. 

Jika keretapi datang dari Kuala Lumpur menghala ke Gemas, apabila berhenti di stesen ini, bahagian kepala keretapi akan berada di dalam kawasan Negeri Sembilan manakala gerabaknya akan berada di dalam kawasan Melaka dan begitulah sebaliknya. 

Sekarang, perubahan jajaran telah dilakukan dan keseluruhan kawasan stesen keretapi telah dialihkan dan berada di dalam kawasan Melaka. 

Comments

Popular Posts