TUGU PERINGATAN PERANG SUNGAI KELAMAH


Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah ini didirikan bagi mengenang peristiwa di sinilah berlakunya Pertempuran Gemas di antara Askar Australia dengan Askar Jepun semasa Perang Dunia Kedua. 

Pertempuran ini telan menelan banyak nyawa terutamanya di kalangan tentera Jepun yang sedang mara ke selatan menuju Singapura. 

Pihak Australia telah bersedia di sekitar kawasan Jambatan Sungai Gemas ini bagi membuat serangan hendap. Boleh dikatakan inilah satu - satunya kejayaan yang berjaya dicapai oleh pihak Berikat sebelum Jepun berjaya membolosi pertahanan di sini dan kemudiannya mengerjakan askar Australia habis - habisan di Parit Sulong. 

Kelihatan sisa - sisa tiang jambatan lama yang di letupkan bagi usaha - usaha terakhir menghalang kemaraan tentera Jepun. 

Jajaran jalan lama menuju terus ke tapak jambatan lama yang telah di letupkan. Di sebelah kiri adalah jajaran baru jalanraya yang digunakan kini. 

Bagi mengenang mereka yang terkorban di pertempuran ini, pihak Australia telah mendirikan sebuah menumen peringatan di tapak ini. 

Terdapat sedikit penerangan ringkas mengenai peristiwa yang berlaku. 

Bolehlah singgah ke sini jika berkesempatan.

Comments

Popular Posts