GUNUNG LEDANG AKA MOUNT OPHIR

Dalam banyak - banyak objek, Gunung Ledang atau orang panggil Mount Ophir sering muncul dalam Sejarah Melaka. Kisah bagaimana peminangan Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka serta syarat - syarat pelik yang dikenakan oleh Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka.

Bukan nak bercerita pasal kisah - kisah lagenda begitu. Kali ini entry hanya nak berkongsi gambar - gambar Gunung Ledang sahaja. 

Gambar atas ini diambil dari atas jambatan di Kampung Tasek, Sungai Rambai dengan aliran Sungai Kesang yang berhulukan gunung ini.

Ini pula diambil di pintu masuk Taman Negara Johor Gunung Ledang. Gambar ini diambil semasa singgah sebentar dalam perjalanan menuju Bukit Kepong bersama Datuk Penghulu Ayob.

Cantik sekali pemandangan gunung ini. Meskipun Melaka baru - baru ini telah mengisytiharkan Bukit Gapis sebagai Gunung Melaka, namun signifikan Gunung Ledang dalam Sejarah Negeri Melaka tetap utuh kekal berzaman. 

Cuma hajatnya nanti kalau diizinkan, hendak sekali menatap Gunung Daik pula. Satu lagi gunung yang begitu seantero Nusantara yang tercatat di dalam pantun yang terkenal.. 

Pulau Pandan jauh ke tengah, 
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah, 
Budi yang baik dikenang juga. 

Comments

Popular Posts