JAMBATAN PERANG BULOH KASAP


Jambatan Perang Buloh Kasap adalah antara beberapa tinggalan sejarah berkaitan Perang Dunia Kedua. Jambatan ini sebenarnya telah diletupkan oleh pihak Berikat untuk memperlahankan kemaraan Tentera Jepun.

Perhatikan rekabentuk jambatan ini yang sememangnya mencerminkan ciri - ciri kolonial British. Corak Union Jack yang terkenal itu jelas sekali. 


Dikatakan jambatan ini dulu di terangi dengan lampu pelita yang digantung di tiang - tiang putih itu bagi menerangi jalan. Mungkin sebab tiada lagi sistem lampu jalan ketika itu. 


Nun sana sambungan jambatan yang terputus dua. Jambatan baru untuk kegunaan jalan raya dibina hanya berselahan sahaja dari jambatan ini. 

Comments

Popular Posts