MAKAM BENDAHARA TEPOK

Mengikut sejarah Melaka, Bendahara Tepok adalah Bendahara terakhir Kerajaan Melaka ketika kalah kepada tentera Portugis pada tahun 1511. 

Setelah kalah, Bendahara Tepok dan orang - orangnya dikatakan telah berundur melalui Sungai Muar mudik ke hulu sehingga ke Sungai Segamat.

Bendahara Tepok dikatakan meneruskan hidup dan mendirikan penempatan di Segamat selama 4 tahun sebelum meninggal dunia dan dikebumikan tidak jauh dari tempat kami bergambar ini. 

Di kompleks makam ini juga terdapat makam - makam Raja - raja Temenggung Muar yang pernah memerintah Muar / Segamat satu ketika dulu.

Dekat sini macam ada kekeliruan sedikit pada kami. Sebabnya kalau ikut banyak sumber - sumber Internet mengatakan Makam Bendahara Tepok terletak di bahagian luar kompleks terbumbung. Namun pada kunjungan kami ini, kami ditunjukkan oleh pakar sejarah setempat bahawa makam tersebut sebenarnya terletak di dalam kawasan berbumbung. Inilah rupa nisan Datuk Bendahara Tepok.

Bersama Pengurus Besar Perzim yang turut sama berkunjung ke Segamat. 

Apa pun argumen mengenai yang mana satu kah makam sebenar Bendahara Tepok, pada saya ianya memerlukan kajian oleh pakar - pakar sejarah. Apa yang jelas, daerah Segamat itu sendiri mempunyai signifikasi yang sangat utuh dengan sejarah Kesultanan Melayu Melaka. 

Comments

Popular Posts