MAKAM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH

Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan Sultan ke 7 Melaka yang memerintah selama 11 tahun di antara tahun 1477 sehingga 1488 sebelum digantikan oleh Sultan Mahmud Shah. 

Makam baginda terletak di Kampung Raja, Pagoh juga merupakan antara dua makam Sultan Melaka yang masih ada sehingga ke hari ini selain daripada Makam Sultan Mahmud Shah yang terletak di Kampar, Sumatera. 


Kompleks makam ini terletak di perkarangan Masjid Kampung Raja, Pagoh. Sementara di dalam kepuk makam, terdapat dua pasang nisan acheh yang cantik dipercayai satu milik baginda manakala satu lagi tidak diketahui milik siapa. Namun menurut sumber setempat, ia milik adindanya.

Cerita orang tempatan mengatakan baginda ke Pagoh untuk berubat setelah jatuh gering diracun orang. Namun takdir menentukan baginda mangkat di Pagoh dan dikebumikan orang di situ juga.

Kisah baginda digambarkan sebagai seorang raja yang alim dan sering keluar malam mengambil tahu permasalahan rakyat termasuklah pernah mengejar sendiri pencuri di Melaka. 

Dipercayai bahawa inilah nisan milik baginda. Makam ini terpelihara cantiknya serta kemas kebersihannya. 

Sedikit keterangan mengenai baginda dan makam ini secara ringkas untuk tatapan pengunjung yang menziarahi makam ini. 

Kunjungan kali ini adalah kunjungan yang kedua. Kali pertama beberapa tahun lepas bersama anak - anak dan kali ini bersama Penghulu Ayob. 

Semoga Allah cucur rahmat ke atas Almarhum raja yang alim ini. 

Comments

Popular Posts