INSIDEN KERETAPI MELANGGAR GAJAH DI SUNGAI KERAWAI


Satu kejadian yang pernah berlaku lebih seratus tahun dahulu dimana sebuah keretapi telah terbalik apabila melanggar seekor gajah liar yang cuba melindungi kawanannya.

Kejadian ini berlaku di Kampung Sungai Kerawai, Teluk Intan. Dikatakan bahawa dibawah papan itu ditanam badan gajah tersebut manakala kepalanya dibawa pulang oleh British ke London dan masih dipamerkan di sebuah muzium di sana. 

Perkhidmatan keretapi Teluk Intan - Tapah kini juga telah dihentikan sejak tahun 80an. Namun beberapa kesan seperti jambatan dan stesen keretapi masih boleh dilihat di sekitar Teluk Intan.

Ini antara tiga paku landasan yang ditunjukkan oleh penduduk setempat, Uncle Khrisnan yang masih ada dalam simpanannya. Uncle Krishnan ingin kami menyimpan paku ini sebagai kenangan namun kami menolak sebab lebih baik memberi peluang untuk pelawat selepas melihat juga sisa tinggalan sejarah ini. 

Gambar bersama Uncle Khrisnan dan Augustine sebagai kenangan. 

Comments

Popular Posts