PUSARA ASP ZABRI VAT69


ASP Zabri merupakan seorang lejen pasukan khas Komando Polis Vat 69 yang berjuang di dalam hutan ketika memerangi pengganas Komunis yang mengganas semula semasa Emergenci kedua di antara tahun 1968 sehingga perjanjian damai 1989.

Pasukan Vat 69 atau yang lebih dikenali sebagai Lok Kaw di kalangan pengganas Komunis memang ditakuti dan digeruni disebabkan oleh kecekapan dan kehandalan mereka beroperasi di dalam hutan.

Inspektor Zabri merupakan salah seorang pegawai Vat 69 terkorban apabila terkena je rangkap samar yang menyebabkan kecederaan teruk sehingga meragut nyawanya. 

Arwah dikenang sebagai seorang ketua yang hebat dan sering membangkit semangat melawan kepada anak - anak buahnya sehingga ke hujung nyawanya. 

Pusaranya boleh dilawati di tanah perkuburan berhampiran Masjid di Pekan Tapah, Perak. 

Comments

Popular Posts