VICTORIA BRIDGE


Trip ni berlaku kalau tak silap masa tengah cuti belajar sekitar tahun 2017 rasanya. Masa tu abam pergi Perak komplot dengan Augustine, Afi dan Hakim. Masa tu nak tengok sangat jambatan keretapi ikonik yang menjadi lokasi penggambaran filem - filem Khalid Samad macam Zombie Kampung Pisang. 

Jambatan ni terletak di kawasan Karai, tak jauh dari Pekan Kuala Kangsar. Memang cantik jambatan ni yang mana ianya merentangi Sungai Perak. 

Meskipun keretapi dah tak lalu jambatan ni lagi berikutan sebuah jambatan baru yang dibina berdekatan, namun jambatan ni masih digunakan oleh orang - orang kampung yang kebanyakannya menggunakan kenderaan ringan seperti motosikal dan basikal. 


Plug papan tanda ni menunjukkan jambatan ini dibuka di zaman pemerintahan Sultan Idris I. Ianya dinamakan Victoria Bridge sempena nama Ratu England masa tu. 

Yang menariknya, papan plug ni sendiri pernah hilang dicuri. Namun ianya dipulangkan oleh seorang yang berhati mulia yang membeli plug ini dari seseorang yang lain yang tidak diketahui dan memulangkannya ke tempat asal setelah menyedari akan nilai sejarahnya. 

Tempat ini memang cantik dan wajarlah ianya diketengahkan sebagai ikon pelancongan di Perak. Ikonik dan susah nak dapat di tempat - tempat lain. 

Comments

Popular Posts