GOD'S LITTLE ACRE


Terletak berhampiran penjara Batu Gajah, tanah perkuburan kristian ini menyimpan kisah sejarah yang tidak kurang pentingnya kepada negara ketika zaman komunis. Di sinilah berkuburnya askar, polis, orang awam dan peladang yang kebanyakannya berbangsa eropah yang terkorban oleh keganasan komunis. 


Di sinilah bersemadi tiga peladang, Mr Allison, Mr Walker dan Mr Christian yang merupakan mangsa keganasan komunis di Sungai Siput hingga menyebabkan Kerajaan British ketika itu mengisytiharkan perintah darurat di seluruh Malaya. 

Satu menumen peringatan telah didirikan bagi mengingati mereka yang terkorban sepanjang berlakunya darurat ini. Mengikut Memoir Tan Sri Yuen Yuet Leng dalam buku Nation Before Self, semasa beliau menjadi Ketua Polis Perak, beliau telah menganjurkan acara simbolik peringatan di tapak ini dan ianya masoh dijalankan setiap tahun sehingga kini. 


Terdapat juga beberapa pusara anggota Sarawak Rangers yang gugur disemadikan di sini, namun menurut ceritanya mayat - mayat anggota ini telah dibawa pulang untuk dikebumikan di Sarawak beberapa tahun lalu. 

Pusara ini dijaga dengan bersih oleh seorang untie India yang mungkin digajikan. Kunjungan kami ketika itu disambut dengan layanan mesra olehnya. 



Comments

Popular Posts