HUJAN MENENTUKAN SEMPADAN NEGERI


Kalau sesiapa yang pernah memanjat puncak Gunung Irau di Mossy Forest, Cameron Highlands pasti pernah tengok papan tanda ini. Papan tanda ini menunjukkan sempadan negeri antara Pahang dan Perak yang membelah betul - betul atas permatang di Tanah Tinggi Brincang. 

Ada ceritanya bagaimana Jabatan Ukur zaman - zaman Mat Saleh dulu membuat ukuran sempadan. Mereka putuskan sempadan mengikut aliran air hujan yang jatuh ke bumi. Kalau di titik itu air hujan mengalir ke kanan, maka Pahang la dia. Kalau air itu mengalir ke kiri permatang, maka Perak la ia.

Itu cerita yang disampaikan oleh tourist guide tu la. Mungkin benar, mungkin hanya sekadar hiburan sahaja. 

Comments

Popular Posts