SENI PERTUKANGAN KAYU DI SUNGAI RAMBAI

 


Selain daripada tinggalan sejarah secara fizikal, kita juga begitu bertuah turut masih dapat melihat tinggalan khazanah bangsa yang diperturunkan daripada nenek moyang kita seperti seni ukiran kayu. Berkesempatan melihat sendiri proses ukiran kayu di sebuah bengkel milik anak muda di Sungai Rambai semasa sesi Team Heritage Ride berkunjung ke sana. 



Ini lah dia, En Zarin, pengusaha bengkel pertukangan kayu ini. Masih muda namun memiliki kemahiran yang jarang anak - anak muda sekarang minat. Bengkel pertukangan kayu ini sebenarnya bayak dah mengikuti zaman di mana beliau pun banyak menggunakan peralatan - peralatan moden seperti mesin - mesin kayu untuk memudahkan kerjanya.


Banyak juga tempahan yang diterima oleh dari dalam dan luar Melaka. Terdapat juga sebuah Mimbar yang ditempah khas oleh sebuah surau taman perumahan dari Johor yang kini dalam proses mengecat. 


Banyak lagi barangan ukiran kayu yang dipamerkan di bengkel beliau ni. Peluang sekali sekala dapat melihat proses pertukangan kayu ini memang mengasyikkan. Terleka berada kat sana sampai tak perasan hampir satu jam berlalu.

Apapun kita ucapkan selamat berjaya la kepada anak muda ini. Teruskan usaha untuk menghidupkan khazanah bangsa agar ia terus kekal dalam kehidupan orang kita. 






Comments

Popular Posts