MAKAM RAJA AHMAD SYAH (RAJA KECIL TENGAH)


Antara yang menarik mengenai makam ini adalah ianya bukanlah makam dalam erti kata sebenar. Sebaliknya ianya adalah batu peringatan bagi mengingati peristiwa hilangnya Raja Ahmad Syah, Raja Kecil Tengah, anakanda kepada Sultan Abdul Malik Mansur Syah ketika terjatuh ke dalam Sungai Perak.

Makam ini hanya mempunyai satu batu nisan sahaja sama seperti batu peringatan hilangnya Sultan Mansur Syah, Sultan Perak II yang terletak Masjid Kampung Kota Lama Kanan. Anehnya, ia juga dikatakan termasuk dalam senarai antara makam - makam yang wajb dilawati oleh Sultan - sultan Perak dalam istiadat pertabalan meskipun pemunyanya bukan bertaraf Sultan. 

Comments

Popular Posts